PROGRAM PERMATA PINTAR 2014







UJIAN UKM 1 2014

Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet.

Sila ke http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk mengambil ujian UKM1.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 / TAHUN 2014

Pada 2 Mac 2014 yang lalu, SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG) Segamat, telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 di Dewan Al-Istiqamah SK Temenggong Abdul Rahman. Antara lain mesyuarat adalah untuk membentang program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bersama PIBG sepanjang tahun 2013. Di samping itu, mesyuarat ini adalah untuk membolahkan ibu bapa atau penjaga untuk berhubung terus dengan pihak sekolah melalui mesyuarat.

Mesyuarat yang berlangsung pada jam 2.15 petang ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Supt. Mohd Kamil Bin Sukarmi (Ketua Polis daerah Segamat). Beliau turut mengingatkan kepada semua agar sering bekerjasama bagi memastikan kelancaran sekolah berikutan masalah displin yang sering berlaku di kalangan murid sekolah dewasa ini.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 6.45 petang.




MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTI DADAH, ROKOK & AIDS PERINGKAT SEKOLAH 2014

Pada 2 Mac 2014 yang lalu telah berlangsung satu Majlis Perasmian Program Anti dadah, Rokok dan AIDS peringkat SK Temenggong Abdul Rahman. Majlis ini berlangsung selepas perhimpunan pagi hari Ahad. Tentatif majlis termasuklah ikrar Anti dadah, rokok dan aids di kalangan warga sekolah dan murid.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah daripada Tuan Guru Besar yang juga merupakan salah seorang sukarelawan bagi daerah Segamat selama lebih lapan tahun. Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian daripada Tuan Guru Besar.


PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM KALI-2/2014 DAN PERASMIAN PENUTUP MINGGU ANTI DADAH 2014

9 MAC 2014 - Perhimpunan Unit Beruniform Kali-2/2014 telah diadakan. Perhimpunan kali ini dikelolakan oleh Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Majlis perhimpunan ini dijalankan dengan lancar.

Sepanjang seminggu ianya berlangsung pelbagai aktiviti telah dijalankan. Justeru pada majlis ini, semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Siti Fatimah (GPK HEM) kepada para pemenang. Tahniah.

Turut sama dalam majlis ini, Pasukan Bola Baling sekolah turut merangkul kejayaan. Hadiah dan pingat telah disampaikan oleh Mohd Noor (GPK1).




MAJLIS PERSARAAN EN.TALIB BIN AHMAD

Majlis Persaraan En Talib bin Ahmad

Pada 29 Januari 2014 telah diadakan Majlis Persaraan En Talib Bin Ahmad. Majlis persaraan beliau diadakan secara ringkas dan sederhana. Majlis diraikan oleh seluruh staff SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG), Segamat , Johor dan juga Ahli Majlis PIBG sekolah. Semoga beliau berada di dalam keadaan sihat terus maju dalam bidang yang diceburi pada masa akan datang.