Aluan Guru Besar


Alhamdulillah , bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya hasrat untuk membina Laman Web Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, Segamat Johor telah berjaya menjadi realiti. Oleh sebab pendidikan sentiasa berkembang maju dan bersesuaian dengan perkembangan dan kemajuan di zaman ledakan ilmu dan ledakan maklumat masa kini , maka dengan terbinanya laman web ini diharapkan akan dapat membantu semua pihak mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di sekolah ini.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam usaha merealisasikan laman web sekolah ini. Terima kasih juga diucapkan kepada moderator dan webmaster yang bertungkus lumus memastikan kandungan laman web ini sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan aktiviti sekolah serta kawasan setempat.

Semoga mutu pendidikan di sekolah ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Selamat Maju Jaya.

Sekian , terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
ZURAYUSHAZMAN BIN ISMAIL
GURU BESAR SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN,
SEGAMAT, JOHOR.

Tiada ulasan: