KURSUS PENAMBAHBAIKAN PBS

6 APRIL 2014 - Jawatankuasa LADAP SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG), Segamat, Johor telah menganjurkan satu kursus. Kursus Penambahbaikan PBS ini telah dijalankan pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Kursus yang disampaikan oleh En.Mohd Noor bin Ismail (GPK1) telah dihadiri oleh semua guru di sekolah ini. Antara lain ianya memberikan maklumat terkini berhubung penambahbaikan PBS yang dijadualkan bermula Mei ini.



PERHIMPUNAN RASMI DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PENCAPAIAN MURID

20 APRIL 2014 - Majlis perhimpunan rasmi seperti rutin setiap minggu. Majlis perhimpunan pada minggu ini diserikan lagi dengan kesudian Tuan Guru Besar - Tuan Haji Ramlee bin Ramlan untuk menyampaikan hadiah kepada murid - murid yang beroleh kejayaan dan penyertaan.

Antara hadiah dan sijil yang disampaikan termasuklah pencapaian murid dalam :
1. Perkhemahan Pendidikan Luar Murid Sekolah Rendah 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor 2014
    (17 hingga 20 MAC 2014)
2. Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Johor 2014
2. Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Bandar (16 APRIL 2014)






















KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT 2014

16 APRIL 2014 - Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Bandar telah diadakan SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG), Segamat, Johor. Selaku tuan rumah pihak sekolah telah menyediakan kemudahan fasiliti seperti yang telah dipersetujui dengan pihak penganjur. Karnival tersebut berjalan dengan sempurna dan lancar.
Karnival ini diserikan lagi dengan kehadiran Perasmi Penutup oleh ENCIK MUHAMAD ADZAM SHAH BIN MARDI dari PPD Segamat dan kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang diucapkan ribuan terima kasih.