SALAM DIHULUR TANDA KEMAAFAN SELURUH WARGA STAR

24 Julai 2014 - Sesi bermaafan di kalangan seluruh warga STAR. Pelbagai perasaan muncul.

Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

SELAMAT HARI RAYA
Ya Allah
Di bulan syawal yang berkat ini,
Muliakanlah saudara-saudaraku,
Bahagiakanlah keluarganya,
Sihati tubuh badannya,
Berkatilah rezekinya,
Kuatkanlah imannya,
Berikanlah kekuatan ibadah kepadanya,
Jauhkanlahnya dari fitnah,
Suburkanlah benih keislaman pada keturunannya,
Masukkan dia dalam syurga-mu tanpa hisap,
Taqabbalallahu minna wa min ka.
Semoga Ramadhan
Membawa seribu keinsafan
Semoga syawal
Membawa seribu kegembiraan
Semoga Aidilfitri
Membawa seribu kenangan
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir batin










MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1435H / 2014 & PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN DUIT RAYA

23 Julai 2014 - Panitia Agama Islam dengan kerjasama seluruh warga STAR telah bergabung tenaga dalam menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis ini dianjurkan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid - murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungannya.

Majlis yang diadakan ini juga adalah untuk meraikan kejayaan murid - murid menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Program tadarus ini disertai oleh semua guru yang diketuai oleh Ustaz Md Shah bin Mahi dan semua pelajar tahun enam. Majlis tadarus berlangsung setiap hari pada waktu rehat. 

Turut sama diadakan adalah Program sumbangan duit raya kepada seluruh anak didik SKTAR. Semoga program - program seperti ini akan berterusan pada masa akan datang.






















PENILAIAN TAHAP KOMPETENSI DOKTOR MUDA GEMILANG & PROGRAM CARI DAN MUSNAH KEMPEN ANTI DENGGI 1MALAYSIA 2014

21 JULAI 2014 -  Kelab Doktor Muda SKTAR Segamat juga tidak ketinggalan dengan mengadakan Ujian Penilaian Tahap Komptetesi Doktor Muda Gemilang. Ujian ini diadakan untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Ujian ini diadakan selama satu jam.







22 JULAI 2014 - Kempen Anti Denggi 1Malaysia 2014 diteruskan lagi dengan Program Cari dan Musnah. Program Cari dan Musnah ini merupakan satu aktiviti gotong royong dalam memastikan semua kawasan di sekolah perlu bebas dari kawasan pembiakan nyamuk aedes. Aktiviti yang dijalankan selama satu jam ini disertai oleh semua warga SK TAR Segamat.












SUMBANGAN ANAK - ANAK YATIM SEMPENA KETIBAAN SYAWAL

20 Julai 2014 - Satu sesi penyampaian sumbangan Khas warga STAR kepada anak anak yatim sekolah ini sempena syawal yang bakal menjelang telah diadakan pada perhimpunan mingguan. Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ramlee bin Ramlan telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada murid - murid yang layak. Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban bagi menyambut ketibaan lebaran yang bakal menjelang.