MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2014

26Nov2014-Satu majlis ringkas telah diadakan di perkarangan Dewan Al-Istiqamah SKTAR Segamat pada hari ini. Majlis tersebut adalah untuk mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2014. Alhamdulillah, seramai 17 orang calon dari SKTAR telah memperolehi kejayaan 5 A. Tahniah diucapkan kepada calon dan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan keputusan yang cemerlang ini. Semoga SK Temenggong Abdul Rahman Segamat akan lebih cemerlang pada masa akan datang. TAHNIAH






HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2014

20Nov.2014- Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2014. Semua warga SKTAR bersiap siaga untuk mengakhiri sesi tahun ini dan bersedia untuk sesi yang akan datang pula. Pada waktu terakhir persekolahan semua warga sekolah berhimpun di Dewan Al-Istiqamah dan bersalam - salaman .
Pihak sekolah juga turut mengadakan satu majlis perpisahan bagi dua orang guru yang bertukar iaitu En.Haizuwan bin Md.Ab.Sani dan Puan Hasmani binti Hassan . Segala kenangan dan pengalaman bersama tuan dan puan akan kekal di ingatan setiap warga SKTAR.
















HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014

18 NOVEMBER 2014 - JK Hari Kecemerlangan Sekolah telah melaksanakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2014. Semua murid yang mendapat pencapaian terbaik dalam akademik dan ko akademik diberikan pengiktirafan di dalam mahlis ini. Majlis yang dirasmikan oleh En Zahari Bin Sarip (Pegawai Khas Kementerian Kesihatan Malaysia) dimulakan dengan sambutan kompang dan qasidah oleh murid - murid SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG) Segamat.

Tahniah kepada yang berjaya. Bagi yang kurang berjaya, berusaha lagi untuk pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang. TAHNIAH

Senarai Penerima Anugerah Hari Kecemerlangan STAR 2014
Sila klik : Senarai Penerima Anugerah 2014





KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

13 NOVEMBER 2014 - Rutin tahunan kali ini terlaksana lagi. Kejohanan Sukan Tahunan SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG) dianjurkan dengan penuh semangat kesukanan. Murid - murid yang terpilih menyertai acara kejohanan telah bersungguh - sungguh bertanding dalam acara yang disertai.

Kejohanan Sukan Tahunan kali ini telah dirasmikan oleh En.Samsuri bin Ismail - YDP PIBG SKTAR. Simbolik perasmian dengan melepaskan burung merpati memulakan tentatif pada hari tersebut setelah acara perbarisan masuk padang.

Semoga kejohanan seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan lebih meriah dan semangat kesukanan yang tinggi.