SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH SEGAMAT DAN PERINGKAT SEKOLAH

14 Januari 2014, SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG) Segamat telah menghantar satu kontinjen untuk menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi daerah Segamat Tahun 2014. Kontinjen yang disertai oleh murid - murid sekolah ini telah sama - sama berarak dari dataran Segamat menuju ke Masjid Jamek Segamat.

Sehubungan itu, bagi meneruskan sambutan tersebut pihak sekolah dengan sukacitanya juga turut mengadakan sambutan yang sama pada Khamis, 16 Januari 2014. Penceramah undangan iaitu Puan Hajah Milah binti Yot (mantan Guru Besar SRAB Segamat) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. majlis sambutan ini berakhir pada jam 10.30 pagi.

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat daerah Segamat




MINGGU ORIENTASI, TRANSISI DAN PENYAYANG MURID TAHUN 1

Khamis, 16 Januari 2014....berakhirnya Minggu Orientasi, Transisi dan Penyayang bagi murid Tahun 1. Program yang berjalan selama dua minggu ini bertujuan untuk memberi kesediaan bagi murid-murid tahun 1 dalam mendekatkan diri dengan alam persekolahan. Sepanjang perjalanan program, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memastikan murid - murid baru ini tidak akan kekok dengan perjalanan sesi persekolahan yang baru ini. Selamat maju jaya.

Gambar sekitar hari pertama persekolahan.


PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN AKUJANJI UPSR MURID TAHUN 6

     Satu program khas telah dianjurkan oleh SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG)dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK TAR pada 11 Januari 2014(Sabtu). Program yang dinamakan sebagai PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN AKUJANJI UPSR MURID TAHUN 6, antara lain bertujuan untuk menaikkan semangat murid- murid tahun 6 khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.
    Ceramah motivasi ini telah disamapaikan oleh En. Nazrudin Bin Hashim dari UiTM Cawangan Segamat. Antara tentatif program termasuklah ceramah keibubapaan, ikrar murid - murid tahun 6 dan ikrar ibu bapa dan penjaga. Semoga dengan program yang dianjurkan ini akan lebih memberi kesediaan kepada ibu bapa dan murid - murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR kelak...Semoga berjaya dengan cemerlang.

Pendaftaran dan keterujaan murid - murid untuk menyertai program. 

 Ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ramlee bin Ramlan.

PROGRAM PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SESI 2014

Program Perlantikan Pengawas Sekolah dan Penyerahan Watikah Perlantikan.

Pada 12 Januari 2014 yang lepas, Program Perlantikan Pengawas Sekolah dan Penyerahan Watikah Perlantikan telah diadakan pada waktu perhimpunan pagi. Program yang dijalankan di bawah Unit Hal Ehwal Murid ini bertujuan mengumumkan kepada warga sekolah berhubung perlantikan pengawas sekolah. Majlis penyerahan watikah perlantikan ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada Ketua Pengawas sekolah.
Semoga dengan penyerahan watikah perlantikan ini akan memastikan Lembaga Pengawas Sekolah dapat melaksanakan peranan di sekolah dengan jayanya.

 Bacaan Ikrar Pengawas Sesi 2014
 Ikrar Pengawas Muda
 Penyampaian watikah Perlantikan Pengawas oleh Tuan Guru Besar. Haji Ramlee Bin Ramlan





PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM KALI-1/2014

Tarikh : 12 Januari 2014
Masa  : 7.20 pagi

Perhimpunan yang dikendalikan oleh Unit Beruniform diadakan setiap minggu ke-3 pada setiap bulan. Antara lain perhimpunan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid - murid berhubung unit beruniform dan perjalanan perhimpunan dikendalikan oleh salah satu cabang unit beruniform. Pada minggu ini Pasukan Pengakap Kanak - Kanak telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan perhimpunan tersebut.


FrogVLE ID & Password Untuk Ibubapa



Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SK Temenggong Abdul Rahman, Segamat. Untuk pengetahuan semua, SK TAR sedang dalam proses menggunapakai platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dan YTL.  Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pembelajaran ini dari mana-mana lokasi tak kira sekolah, rumah atau di luar. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar sedang dan akan diberikan kursus berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menyiapkan tugasan di rumah.
IBUBAPA dan PENJAGA juga digalakkan mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan  USER ID dan PASSWORD dengan mengakses laman berikut:
* Ibubapa dan penjaga hanya akan menerima 1 ID sahaja bagi kesemua anak-anak yang bersekolah. Sistem akan membuat padanan secara automatik semasa pendaftaran pelajar. Sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh hubungi pihak sekolah atau Admin projek VLE SK TAR.