PERSEDIAAN UNTUK PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN TAHUN 2014

Sebahagian aktiviti dan latihan yang dijalankan oleh Kelab Robotik STAR untuk persediaan menyertai pertandingan robotik kebangsaan NRC 2014 yang akan diadakan di KUITTHO Batu Pahat pada 26/8/2014 ini. 

Semoga berjaya diucapkan kepada kumpulan robotik STAR.




LDP STAR -KURSUS MATRIK BIMBINGAN GURU DAN PENDIDIKAN MASA DEPAN

12 OGOS 2014 - JK LDP STAR telah menganjurkan satu kursus pendek berkaitan. Kursus tersebut antara lain memberi pendedahan kepada barisan pendidik dalam memastikan tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan terkini. Kursus tersebut diadakan bermula jam 2.00 petang.

Semoga dengan adanya kursus seperti ini akan memberi input baru kepada warga pendidik khususnya di SK Temenggong Abdul Rahman(integ), Segamat, Johor. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan




PERHIMPUNAN BADAN BERUNIFORM BULAN OGOS 2014

10 OGOS 2014 - Perhimpunan awal minggu pada minggu ini dikendalikan oleh unit beruniform  Bulan Sabit Merah Malaysia.





MAJLIS SAMBUTAN PERPISAHAN GURU

7 OGOS 2014  - Kelab Bilik Guru telah mengadakan satu majlis perpisahan buat tiga orang rakan guru yang berpindah iaitu :

1. EN. ZAFIE B MOHAMED SAID @ MOHD ESA - berpindah ke SK Spang Loi
2. EN.WAN ZAMRI BIN WAN ISMAIL - berpindah ke SK Sepinang
3. PN. ZALEHA BINTI YUSOP - berpindah ke SK LKTP Pemanis 1

Sambutan yang diadakan secara sederhana ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh guru - guru ini kepada warga STAR. Semoga dengan bertugas di tempat baru tidak akan meluputkan kenangan semasa berada di STAR hendaknya.
Terima kasih tuan.

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.





MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH.

 7 OGOS 2014 - Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama warga STAR telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah. Sambutan ini dimulakan dengan jamuan untuk semua warga STAR pada waktu rehat. Ianya diserikan lagi dengan marhaban dan persembahan daripada murid - murid. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.






PENARAFAN SSQS 2014




Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS 2014 akan bermula pada 10 Ogos 2014 hingga Sabtu 30 Ogos 2014. Penarafan tersebut boleh dibuat menggunakan alamat http://btpnjoh.moe.edu.my/ssqsv3
Berikut adalah Jadual Giliran Pelaksanaan Pengisian SSQS Versi 3/2014:

BIL
ZON
DAERAH
TARIKH PELAKSANAAN
1
A
BATU PAHAT
PONTIAN
PASIR GUDANG
SEGAMAT
KLUANG
10 - 16 OGOS, 2014
3
VERIFIKASI BTPN JOHOR
25 - 28 OGOS, 2014
4
PELAPORAN SSQS NEGERI JOHOR KE BTP
30 OGOS, 2014


Untuk makluman lanjut dan memudahkan guru serta murid, Nota tambahan berkaitan SSQS 2014 dikongsikan melalui laman Frog VLE SK Temenggong Abdul Rahman(integ) Segamat, Johor.


Sekian, terima kasih