MAJLIS SAMBUTAN PERPISAHAN GURU

7 OGOS 2014  - Kelab Bilik Guru telah mengadakan satu majlis perpisahan buat tiga orang rakan guru yang berpindah iaitu :

1. EN. ZAFIE B MOHAMED SAID @ MOHD ESA - berpindah ke SK Spang Loi
2. EN.WAN ZAMRI BIN WAN ISMAIL - berpindah ke SK Sepinang
3. PN. ZALEHA BINTI YUSOP - berpindah ke SK LKTP Pemanis 1

Sambutan yang diadakan secara sederhana ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh guru - guru ini kepada warga STAR. Semoga dengan bertugas di tempat baru tidak akan meluputkan kenangan semasa berada di STAR hendaknya.
Terima kasih tuan.

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

























Pun begitu Warga STAR yang baru menimang cahaya mata dan mendapat pasangan turut diraikan.

 EN. NOR MADZALAN BIN ABDUL MANAP ( cahaya mata baru )

 EN. HAIZUWAN B. MD. AB. SANI ( cahaya mata baru )

PN. AINALIZA SAPURA BINTI NGAH @MOKHTAR ( cahaya mata baru )

PN. ROHANA BINTI AWANG ( berkahwin )


Tiada ulasan: