12 Januari 2015 - Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan telah diadakan di Dewan Al-Istiqamah STAR. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajah Norshida Binti Haji Ibrahim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap.
Bantuan kewangan sebanyak RM 100.00 ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti
berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan,
murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi
persekolahan tahun 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan